Font Size

Screen

Direction

Cpanel

Proses & Cara Beli Rumah Lelong

06 Apr
Rate this item
(7 votes)

Sebelum membuat keputusan nak beli rumah lelong... sedara sedari kena tahu serba sedikit dia punya proses.... dan teknik2 dia.... jgn pikir beli rumah lelong ni untung... kalau tak tahu teknik n rahsianya... merana duk bayar loan... kat bawah ni saya citer sikit dia punya proses...

1. Pertama sekali... KENALPASTI RUMAH dan kawasan yang sedara nak beli... kalau ada rumah yg sedara sedari target nak beli dalam sesuatu kawasan.. atau target beberapa kawasan yang kita dah tahu market prise.. kat area kita nak beli... sebagai contoh... apartment A.. market value 150k... ada bukak nak lelong 80k.. so.. apt ini boleh dipertimbangkan dan seterusnya kene buat langkah selanjutnya spt berikut:

2. Kena buat sesi LAWATAN/ SITE VISIT... pastikan rumah tersebut berbaloi utk dibeli.. tak rosak teruk sangat.. kalau baiki pon boleh estimate dia punya kos.. masih untung besau kalau beli.. kalau yg dah siap aircond.. furnishh.. dan alatan lain.. itu bonusss le..

3. CARIAN Pejabat Tanah/ Pemaju... semasa lawatan tu.. kalau apt.. bleh jugak tuan-tuan pegi pejabat selenggaraan.. tanya dia berapa maintenen tertunggak... berapa bil air.. bil api susah skit.. kecuali ada kat pintu rumah.. TNB pegi selit.. gunakan kebijaksanaan utk dapatkan maklumat tsb.. senang je sebenarnya kalau dah selalu survey.. (aku jarang sgt buat yg ni)

4. Dapatkan Proclamation Of Sale (POS)/ Pengistiharan Jualan... samaada daripada pelelong.. spt ng chan mau.. ehsan.. dan banyak lagi... atau mana2 website berbayar... lepas tu call pelelong tersebut utk dapatkan maklumat yg anda tak paham dalam POS tu... maklumat yg penting... 5% ke 10% bank draft yg perlu disediakan.. adakah mentenent dicover oleh pihak benk atau kena bayar sdri. ada mentenent yg cecah 30-50 ribu.. (yg ni selalu aku tengok)

5. kalau dah clear... beli BANK DRAF mengikut jumlah yang ditentukan.. 5% atau 10% daripada nilai harga rumah.. tulis bank draf atas nama bank yg ada tertulis dalam POS tu.. jangan eja salah plak... mesti sama... kang tak laku itu bank draff...

6. Pembida/ wakil/ agen perlu jugak stanby duit CASH.. atau card kredit... misal kata harga rumah 100k.. bank draff 10k... kalau kita lawan jadi 120k.. makan beza 20k lagi tu kena bayar tunai 10% daripada 20k = 2k pada hari itu jugak..Cek tidak diterima...

7. Pada hari lelongan... jangan lupa bawa SALINAN IC dan bank draf tadi.. semasa kaunter  register dah bukak.. register dengan menyerahkan bank draf dan salinan ic.. surat wakil sekiranya mewakilkan orang...

8. Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan SURAT WAKIL yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa. Kalau hantar wakil, wakil pun mesti bawa wang untuk bayar antara 10 peratus harga pembelian dan tandatangan jualan kontrak.

8. SETKAN TARGET harga mengikut kesesuaian dan sebelum masuk lelong... keluar dengan RP atau dengan harga yg anda set.. jangan plak keluar... tapi beli dengan harga yang bukan dalam limit kita..

Tips ni sebagai pengetahuan umum je... perkara ni memang wajib dan kena tahu. Walau apa pun rumah lelong mungkin ada masalah jika hartanah tu sendiri ada masalah..... Jadi nasihat saya, dapat kan nasihat kawan-kawan atau pegi dengar seminar berkaitan dan utk meramaikan network anda dan bertukar2 pendapat.. jangan sayang sikit duit utk belajar... sebab tanpa ilmu... masuk terjun dalam bidang ni.... dan tersilap beli hartanahhh... anda yg rugi... meranaaa sepanjang hidup....

ada satu kelas mr otai hartanah... mr shafie (pie2020) buat berkaitan pelaburan dalam bidang hartanah ni... sesapa berminat belh register.. yuran dalam 250-300 je... berbaloi... dan bleh joing plak grup fb tertutup.. alumni 'seminar jutawan hartanah pie2020'... banyak tipss.. ape saja yg terbuku nak tanya... akan terjawab..

nak register.. http://benie9699.com/home/daftar-seminar-hartanah.html

kalau nak reference lengkap... click kat sini... http://is.gd/panduanlelong

Sekian.. TQ

 

Last modified on Thursday, 03 October 2013 07:50

2419 comments

Leave a comment

You are here: Property Investment Proses & Cara Beli Rumah Lelong